natural

natural

Wednesday, 5 December 2012

PALESTIN, KAMI AKAN TETAP BERSAMAMU

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
(Micheal Heart)

Lirik lagu di atas menggambarkan situasi mereka yang berada di bumi Palestin. Walau apapun terjadi, pantang menyerah kalah demi menuntut hak yang telah dirampas sejak 1948. Di saat umat Islam menyambut maal hijrah, satu tragedi bersejarah telah berulang untuk kesekian kali di Gaza. Namun tragedi kali ini  telah menarik perhatian dan membuka minda seluruh masyarakat dunia sehingga Palestin pada hari ini telah diiktiraf sebagai negara oleh PBB. 

Alhamdulillah, hari ini sudah ramai yang mula cakna terhadap isu Palestin. Walaupun hakikatnya isu ini telah lama diperkatakan tapi melihat tahap sensitiviti ummah sekarang terutama rakyat Malaysia terhadap saudara kita di Palestin amat membanggakan. Sehingga Malaysia diiktiraf sebagai negara yang ke 4 di dunia, yang sering menyebarkan dan membicarakan soal Palestin. Syabas rakyat Malaysia! Terbukti anda sememangnya masyarakat yang prihatin. 

Pada bulan ini, Aman Palestin, Islamic Relief Malaysia dan Aqsa Syarif, antara NGO yang menganjurkan misi bantuan dan kemanusiaan yang mana lawatan ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turun padang ke Gaza sebagai tanda sokongan padu rakyat Malaysia kepada Palestin di samping membawa sumbangan berupa ubat-ubatan dan bantuan kewangan. Moga misi-misi ini akan berjalan dengan selamat dan sempurna. Ganjaran pahala pasti menanti mereka yang terlibat dengan usaha murni ini, InsyaAllah. Ia satu jihad.



Namun masih ada yang merasakan bahawa tiada jihad di Palestin. Suka untuk saya nyatakan di sini, membebaskan Palestin adalah jihad kita semua, ummat Islam sedunia. Situasinya tidak sama dengan hijrah Rasulullah S.A.W. dengan situasi Palestin sekarang. Saya kira situasi yang lebih dekat dengan situasi Palestin adalah saat Rasulullah S.A.W. dan mereka yang berhijrah, ingin mengambil hak barang-barang yang mereka tinggalkan di Mekah yang dirampas dan diperdagangkan oleh kafir Quraisy. Rombongan barang dagangan itu diketuai oleh Abu Sufyan (ketika itu belum memeluk Islam). Namun ia menjadi pencetus kepada Peperangan Badar.

Ketika itu orang Islam yang terlibat dengan Perang Badar hanya 313 berbanding pihak lawan yang 3 kali ganda lebih ramai daripada tentera Islam. Namun kekuatan fizikal hakikatnya bukanlah menjadi faktor utama kemenangan tetapi yang lebih utama adalah dari segi aspek spiritual dan kerohanian. Bahkan Allah S.W.T. sendiri telah menjanjikan di dalam Surah Al-Anfal ayat 65-66:


65. Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti.

66. Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (Apa Yang telah Diwajibkan dahulu) kerana ia mengetahui Bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang Yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang Dengan izin Allah. dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang Yang sabar.



Kerana Allah akan menghantarkan bala tentera-tentera Allah yang berupa para Malaikat untuk membantu umat Islam.

9. (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut.

10. dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Anfal: 9-10)

Berbalik kepada isu Palestin, kenapa orang Islam di sana perlu berjihad, bukan berhijrah? Kerana mereka menuntut hak mereka (tanah air mereka) yang telah diceroboh, dicuri, dirompak dan dirampas oleh Israel. Mana mungkin kita hanya menyerah begitu sahaja setelah apa yang dilakukan oleh Israel terhadap orang Islam. Lagipun Saidina Umar Al-Khattab telah mewakafkan tanah Palestin itu kepada umat Islam, yang mana terdapatnya tempat kiblat pertama umat Islam (sebelum berpindah kiblat ke Mekah) iaitu Masjid Al-Aqsa. Sebuah masjid yang mendapat darjat istimewa di sisi Allah dan disebut di dalam surah Al-Isra':1.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Pejuang-pejuang di Palestin pula bukanlah calang-calang orangnya. Saya yakin dan percaya bahawa mereka mempunyai kekuatan spiritual yang sangat mantap. Nak jadi tentera Briged Izzudin Al-Qassam bukan mudah. Perlu solat berjemaah subuh tanpa tinggal sepanjang 6 bulan. Bila dah masuk, wajib solat berjemaah setiap waktu. Kena hafal 30 juzuk dan 500 hadis. Tak merokok, tak bermaksiat, sihat tubuh badan, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bahkan kanak-kanak Palestin berlumba-lumba menghafal Al-Qur'an bagi melayakkan diri mereka terpilih sebagai tentera Al-Qur'an. Subhanallah. Kerana itulah mereka sangat kuat. Dan mereka layak mendapat bantuan daripada Allah S.W.T.



Pernah diceritakan oleh Ustaz Abdullah Zaik, selaku Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang pernah membuat lawatan ke Gaza bahawa ada beberapa cerita menarik yang telah berlaku di sana. Antaranya ialah:-


Peristiwa 1


Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!



Peristiwa 2



Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???



Peristiwa 3



Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.



Peristiwa 4



Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!



Peristiwa 5



Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !



Peristiwa 6



Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?



AllahuAkbar!

Mereka di sana telah berjuang berhabis-habisan. Maka kita di sini hanya tengok dan goyang kaki sahaja? Ye la, kita jauh, tak mampu untuk ke Palestin. Kawan-kawan, kita masih boleh menbantu mereka dan berjihad dengan cara kita. Bagaimana caranya? InsyaAllah akan saya kongsikan satu ketika nanti. 

Moga-moga Allah menjadikan kita insan yang prihatin dan peduli terhadap ummat Islam sedunia. Kerana kita semua adalah bersaudara..

2 comments:

  1. subhanAllah.

    "Tiada pertolongan melainkan dari sisi Allah" 8:10
    Hamas adalah golongan Allah yang pasti akan terus dibantu Allah!

    moga usaha tabsyir isu palestin ini berterusan.

    teruskan berdakwah melalui pena~~
    chayok ^^

    ReplyDelete
  2. Bila nak sambung lagi ye?
    Dah tak post lagi?

    ReplyDelete