Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk saya berkongsi sedikit hari ini. Nak kongsi tentang apa ye? pernah dengar tak tajuk post ni? Haa.. sekarang saya sedang menelaah buku yg tengah hot sekarang ni ^_^
Ni la bukunya..
Belum habis lagi baca buku ni. Tapi 'Starting' dia pun memang dah best. Paling terkesan setakat ni baca (padahal baru baca sampai bab 6..huhu), tentang Kaitan usaha dengan rezeki, bab 4. Ada kisah sahabat yang boleh kita jadikan teladan dan contohi. Saya letak gambar petikan daripada buku je la ye.. ('Rajin' sangat nk taip semula.. hiii). Sila zoom untuk bacaan yang lebih jelas..
Nampak macam remeh, tapi kebanyakan yang remeh ni la yang penting dan orang abaikan. Jika betul yakin rezeki itu datang daripada Allah, apa salahnya berhenti sekejap untuk menyahut seruan Allah Yang Maha Besar. Bila Allah menjadi keutamaan, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan dunia.
Moga saya boleh praktikkan ilmu ini secara bertahap dan Allah beri kekuatan untuk terus istiqamah.
Apa sahaja yang kita lakukan, sandarkan pada Yang Maha Berkuasa.
InsyaAllah nanti saya akan kongsikan lagi petikan-petikan daripada buku ini.
Doakan saya
Salam sayang,
Serikandi Khadijah
::SERIKANDI KHADIJAH::
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas..” Riwayat Muslim
natural
Monday, 2 December 2013
Kembali menulis..
Bismillah..
Alhamdulillah, diberi kesempatan dan kekuatan oleh Allah untuk menulis di sini setelah hampir 1 tahun membiarkan 'rumah' ini bersawang. Baru ku tahu, tak mudah untuk konsisten untuk terus menulis. Saya cukuk 'salute' kepada mereka yang diberi ilham dan kekuatan oleh Allah untuk berterusan menulis.
InsyaAllah saya akan berusaha untuk belajar istiqamah dalam menulis bermula dari saat ini. (Ya Allah, berikan ku kekuatan dan semangat ini...)
Untuk sesi yang akan datang, saya akan berkongsi berkenaan apa yang saya dapat, apa yang saya baca, majlis-majlis ilmu yang saya pergi dan apa sahaja yang saya rasakan InsyaAllah akan memberi manfaat kepada semua.
Doakan moga saya Istiqamah untuk menulis ^_^
salam sayang
serikandi khadijah
Alhamdulillah, diberi kesempatan dan kekuatan oleh Allah untuk menulis di sini setelah hampir 1 tahun membiarkan 'rumah' ini bersawang. Baru ku tahu, tak mudah untuk konsisten untuk terus menulis. Saya cukuk 'salute' kepada mereka yang diberi ilham dan kekuatan oleh Allah untuk berterusan menulis.
InsyaAllah saya akan berusaha untuk belajar istiqamah dalam menulis bermula dari saat ini. (Ya Allah, berikan ku kekuatan dan semangat ini...)
Untuk sesi yang akan datang, saya akan berkongsi berkenaan apa yang saya dapat, apa yang saya baca, majlis-majlis ilmu yang saya pergi dan apa sahaja yang saya rasakan InsyaAllah akan memberi manfaat kepada semua.
Doakan moga saya Istiqamah untuk menulis ^_^
salam sayang
serikandi khadijah
Thursday, 13 December 2012
PENGUBAT HATI
Setiap insan pasti akan diuji dan diduga sehingga kadang-kadang bisa membuatkan hati gundah, terbeban, keseorangan, lemah sehingga bergenang air mata. Bahkan meluncur deras ke pipi.
Tapi pasti ada cara yang akan membuat hati kita kembali reda dan tenang. Bagaimana caranya, bergantung kepada setiap individu. Salah satu cara yang biasa saya amalkan untuk memujuk hati yang berduka adalah dengan merenungi atau mengimbas kembali bait-bait kalimah cinta dariNya kerana saya yakin dengan kata-kataNya:
Tapi pasti ada cara yang akan membuat hati kita kembali reda dan tenang. Bagaimana caranya, bergantung kepada setiap individu. Salah satu cara yang biasa saya amalkan untuk memujuk hati yang berduka adalah dengan merenungi atau mengimbas kembali bait-bait kalimah cinta dariNya kerana saya yakin dengan kata-kataNya:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Surah Ar-Ra'd: 28)
Antara ayat-ayat pilihan saya
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al Baqarah : Ayat 216)
"Berdoalah kepadaKU, nescaya akan Aku perkenankan bagimu"
(Surah Al Mukmin : Ayat 60)
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Surah Al Baqarah : Ayat 286)
“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
(Surah Al Baqarah : Ayat 153)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al Ankabut : 2-3)
"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."
(Surah Ali Imran : Ayat 133)
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Ali Imran : Ayat 200)
Dan banyak lagi..
Satu perkara yang perlu kita faham, hakikatnya perasaan negatif yang timbul itu akan dihasutkan lagi oleh syaitan
(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.
(Surah Al Hajj : Ayat 53)
Jadi, saat diuji, suka saya ingatkan diri saya supaya banyak beristighfar dan mohon kepada Allah supaya dilindungi daripada tipu daya syaitan.
Setiap apa yang berlaku adalah satu tarbiyah dan tarbiyah yang terbaik adalah tarbiyah daripada Allah yang Maha Bijaksana. Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Wallahua'lam
Wednesday, 5 December 2012
PALESTIN, KAMI AKAN TETAP BERSAMAMU
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
(Micheal Heart)
Lirik lagu di atas menggambarkan situasi mereka yang berada di bumi Palestin. Walau apapun terjadi, pantang menyerah kalah demi menuntut hak yang telah dirampas sejak 1948. Di saat umat Islam menyambut maal hijrah, satu tragedi bersejarah telah berulang untuk kesekian kali di Gaza. Namun tragedi kali ini telah menarik perhatian dan membuka minda seluruh masyarakat dunia sehingga Palestin pada hari ini telah diiktiraf sebagai negara oleh PBB.
Alhamdulillah, hari ini sudah ramai yang mula cakna terhadap isu Palestin. Walaupun hakikatnya isu ini telah lama diperkatakan tapi melihat tahap sensitiviti ummah sekarang terutama rakyat Malaysia terhadap saudara kita di Palestin amat membanggakan. Sehingga Malaysia diiktiraf sebagai negara yang ke 4 di dunia, yang sering menyebarkan dan membicarakan soal Palestin. Syabas rakyat Malaysia! Terbukti anda sememangnya masyarakat yang prihatin.
Pada bulan ini, Aman Palestin, Islamic Relief Malaysia dan Aqsa Syarif, antara NGO yang menganjurkan misi bantuan dan kemanusiaan yang mana lawatan ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turun padang ke Gaza sebagai tanda sokongan padu rakyat Malaysia kepada Palestin di samping membawa sumbangan berupa ubat-ubatan dan bantuan kewangan. Moga misi-misi ini akan berjalan dengan selamat dan sempurna. Ganjaran pahala pasti menanti mereka yang terlibat dengan usaha murni ini, InsyaAllah. Ia satu jihad.
Namun masih ada yang merasakan bahawa tiada jihad di Palestin. Suka untuk saya nyatakan di sini, membebaskan Palestin adalah jihad kita semua, ummat Islam sedunia. Situasinya tidak sama dengan hijrah Rasulullah S.A.W. dengan situasi Palestin sekarang. Saya kira situasi yang lebih dekat dengan situasi Palestin adalah saat Rasulullah S.A.W. dan mereka yang berhijrah, ingin mengambil hak barang-barang yang mereka tinggalkan di Mekah yang dirampas dan diperdagangkan oleh kafir Quraisy. Rombongan barang dagangan itu diketuai oleh Abu Sufyan (ketika itu belum memeluk Islam). Namun ia menjadi pencetus kepada Peperangan Badar.
Ketika itu orang Islam yang terlibat dengan Perang Badar hanya 313 berbanding pihak lawan yang 3 kali ganda lebih ramai daripada tentera Islam. Namun kekuatan fizikal hakikatnya bukanlah menjadi faktor utama kemenangan tetapi yang lebih utama adalah dari segi aspek spiritual dan kerohanian. Bahkan Allah S.W.T. sendiri telah menjanjikan di dalam Surah Al-Anfal ayat 65-66:
65. Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang. jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti.
66. Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (Apa Yang telah Diwajibkan dahulu) kerana ia mengetahui Bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang Yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang Dengan izin Allah. dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang Yang sabar.
Kerana Allah akan menghantarkan bala tentera-tentera Allah yang berupa para Malaikat untuk membantu umat Islam.
9. (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari malaikat Yang datang berturut-turut.
10. dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Anfal: 9-10)
Berbalik kepada isu Palestin, kenapa orang Islam di sana perlu berjihad, bukan berhijrah? Kerana mereka menuntut hak mereka (tanah air mereka) yang telah diceroboh, dicuri, dirompak dan dirampas oleh Israel. Mana mungkin kita hanya menyerah begitu sahaja setelah apa yang dilakukan oleh Israel terhadap orang Islam. Lagipun Saidina Umar Al-Khattab telah mewakafkan tanah Palestin itu kepada umat Islam, yang mana terdapatnya tempat kiblat pertama umat Islam (sebelum berpindah kiblat ke Mekah) iaitu Masjid Al-Aqsa. Sebuah masjid yang mendapat darjat istimewa di sisi Allah dan disebut di dalam surah Al-Isra':1.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Pejuang-pejuang di Palestin pula bukanlah calang-calang orangnya. Saya yakin dan percaya bahawa mereka mempunyai kekuatan spiritual yang sangat mantap. Nak jadi tentera Briged Izzudin Al-Qassam bukan mudah. Perlu solat berjemaah subuh tanpa tinggal sepanjang 6 bulan. Bila dah masuk, wajib solat berjemaah setiap waktu. Kena hafal 30 juzuk dan 500 hadis. Tak merokok, tak bermaksiat, sihat tubuh badan, menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bahkan kanak-kanak Palestin berlumba-lumba menghafal Al-Qur'an bagi melayakkan diri mereka terpilih sebagai tentera Al-Qur'an. Subhanallah. Kerana itulah mereka sangat kuat. Dan mereka layak mendapat bantuan daripada Allah S.W.T.
Pernah diceritakan oleh Ustaz Abdullah Zaik, selaku Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang pernah membuat lawatan ke Gaza bahawa ada beberapa cerita menarik yang telah berlaku di sana. Antaranya ialah:-
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
AllahuAkbar!
Mereka di sana telah berjuang berhabis-habisan. Maka kita di sini hanya tengok dan goyang kaki sahaja? Ye la, kita jauh, tak mampu untuk ke Palestin. Kawan-kawan, kita masih boleh menbantu mereka dan berjihad dengan cara kita. Bagaimana caranya? InsyaAllah akan saya kongsikan satu ketika nanti.
Moga-moga Allah menjadikan kita insan yang prihatin dan peduli terhadap ummat Islam sedunia. Kerana kita semua adalah bersaudara..
SYURGA, NERAKA, PINTU, KEPALA, TONGGAK, KEMUNCAK DAN KUNCINYA
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Seusai solat pagi, si suami mengambil buku untuk berkongsi ilmu dengan isterinya. Ada pelajaran yang ingin aku kongsikan di sini. Ia merupakan hadis yang ke 29 dari buku Himpunan Hadis 40 Imam Nawawi.
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه; قال: قلت: يا رسول الله! أخبرني بعمل يدخلني الجنة, ويباعدني من النار. قال: «لقد سألت عن عظيم, وإنه ليسير على من يسره الله تعالى عليه: تعبد الله لا تشرك به شيئا, وتقيم الصلاة, وتؤتي الزكاة, وتصوم رمضان, وتحج البيت». ثم قال: «ألا أدلك على أبواب الخير? الصوم جنة, والصدقة تطفئ الخطيئة كما يطفئ الماء النار, وصلاة الرجل في جوف الليل », ثم تلا: تتجافى جنوبهم عن المضاجع يدعون ربهم خوفا وطمعا ومما رزقناهم ينفقون فلا تعلم نفس مآ أخفي لهم من قرة أعين جزآء بما كانوا يعملون [السجدة: 16 - 17]. ثم قال: «ألا أخبرك برأس الأمر, وعموده, وذروة سنامه?» قلت: بلى يا رسول الله. قال: «رأس الأمر الإسلام, وعموده الصلاة, وذروة سنامه الجهاد». ثم قال: «ألا أخبرك بملاك ذ لك كله?». قلت: بلى يا رسول الله. فأخذ بلسانه, ثم قال: «كف عليك هذا». قلت: يا نبي الله! وإنا لمؤاخذون بما نتكلم به? فقال: «ثكلتك أمك يا معاذ! وهل يكب الناس فى النار على وجوههم - أوقال: على مناخرهم - إلا حصائد ألسنتهم ». رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح
Dari Mu'adz bin Jabal Radhiyallahu anhu, ia berkata, "Wahai Rasulullah! Jelaskan kepadaku amal perbuatan yang memasukkanku ke syurga dan menjauhkanku dari neraka? "Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda," Sungguh, engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, namun itu mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah Azza wa Jalla di dalamnya, iaitu: engkau beribadah kepada Allah Azza wa Jalla dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, melaksanakan solat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan, dan haji ke Baitullah. "Kemudian Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda," Mahukah engkau aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai, sedekah memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solat seseorang di tengah malam. "Kemudian Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam membaca firman Allah Azza wa Jalla," Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Rabb-nya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Maka, tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan. "(As-Sajdah/32 :16-17). Kemudian Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Mahukah engkau aku jelaskan tentang kepala segala perkara, tonggak, dan kemuncaknya?" Aku berkata, "Mau, wahai Rasulullah." Beliau Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Kepala segala perkara adalah Islam, tonggaknya adalah solat, dan kemuncaknya adalah jihad. "Kemudian Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda," Mahukah engkau aku jelaskan kepadamu kunci segala perkara tersebut? "Aku menjawab," Mahu, wahai Rasulullah. "Beliau Shallallahu' alaihi wa sallam memegang lidahnya kemudian bersabda, "Jagalah ini (lidah)." Aku berkata, "Wahai Nabiyullah, apakah kita akan disiksa kerana apa yang kita katakan?" Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Mudah-mudahan Allah Azza wa Jalla menyayangi ibumu, wahai Mu'adz! bukanlah manusia terjungkir di neraka di atas muka mereka-atau beliau bersabda: di atas hidung mereka-melainkan dengan sebab lisan mereka. "[Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi. Beliau mengatakan, "Hadis ini hasan shahîh]"
Daripada 1 hadis, banyak pelajaran yang kita boleh ambil di sini. Itulah hikmah kenabian, mukjizat yang telah Allah berikan kepada Rasulullah S.A.W. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang telah mencipta manusia dan Maha Mengetahui apa yang diperlukan hambaNya. Moga bermanfaat ^_^
RINTIHAN SEORANG ANAK
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Betapa peritnya hidupku
Tanpa belaian kasih dan sayangmu
Sejak kecil tiada kurasa
Sentuhan jejarimu
Ke mana perginya dirimu Ibu
Kau menghilangkan diri dariku
Terbiar sepi jiwa kerdilku
Membiarku menangis hiba
Apalah salah dosa diriku
Dibuang tanpa pembelaanmu
Aku amanah tiada disyukuri
Hilangnya insan dirimu
Ku lalui hidup tanpa pembelaanmu
Ibu.. ketahuilah suara ombak itu
Adalah tangisanku
Yang berlagu dan menanti kepulanganmu Ibu
Ku merindukan sepohon kasihmu
Ibu.. kembalilah kepadaku
Semoga sinar hidupku
Kan kembali gemilang
Ku panjat doa padaMu, Ya Allah
Ampunilah segala dosa Ibu
Selamatkanlah ia dari azabMu
Berilah petunjuk padanya selalu
(Lirik lagu nasyid kumpulan noname)
Monday, 3 December 2012
DUNIA OH DUNIA
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sepanjang meniti usia
Di alam dunia yang fana
Ke mana hilangnya
Perasaan cinta
Sesama insan yang mulia.
Dunia kian ketandusan
Semangat persaudaraan
Semua tenggelam
Arus perlumbaan
Saudara dipersiakan.
Menuju matlamat keduniaan
Yang salah dirempuh jua
Pembangunan insan dipandang ringan
Ke mana arah tujuan.
Iman... Imanlah ubatnya
Pencarian tiap jiwa
Kasih buah keimanan
Menyatukan manusia.
Terkuburlah sikap mementingkan diri
Menjadi racun di jiwa
Tercapailah hasrat setiap insani
Keamanan di dunia.
PadaMu tempatku berdoa
Senjata paling berharga
Perkenankan niat hambaMu yang hina
Semoga semua sejahtera.
(Lirik nasyid sebuah kumpulan nasyid pada zaman kanak2 dahulu. Lupa namanya -_-)
Subscribe to:
Posts (Atom)





